Dua hari lepas, dok main-main ngan kucing dekat rumah. Bukan main manja lagi, tiba-tiba entah macam mana dia melenting terus sepak mata kita! Terkejut habis. Ingatkan main-main je, tapi bila rasa pedih semacam, tengok-tengok berdarah sikit.
Terus cuak. Tak berani nak tangguh, gi hospital jugak malam tu. Doktor pun cek-cek, nasib baik tak kena dalam sangat. Kalau tak, tak pasal-pasal boleh buta sebelah!
Mari Rasa Sendiri Debornya! – Taman Ekstra Paya Gunung, Jerantut
Kalau hampa suka cabaran, ni la tempatnya – Via Ferrata di Kampung Paya Gunung! Lereng bukit ni dah dipasang trek panjat besi moden, ambik masa lebih kurang sejam setengah ja nak sampai ke puncak Menara Paya Gunung A. Letih memang letih, tapi berbaloi sebab pemandangan atas tu masyallah... nampak satu Jerantut – dari bandar, Felda, Gua Kota Gelanggi, sampai la Gunung Senyum sana tu!
Bukit ni bukan calang-calang. Monolit berdiri tegak, berjuta-juta tahun dah usianya. Dulu tempat ni kuari, tapi la ni dah jadi port panjat terbaik. Ada dua puncak – puncak utama panggil Menara A, yang satu lagi Menara B. Dua-dua boleh naik ikut laluan Via Ferrata, tapi ikut laluan berbeza lah.
Kalau nak cuba aktiviti lasak, main panjat-panjat, test adrenalin sikit – mai la ke Taman Ekstra Paya Gunung. Orang kampung pun mesra, tempat ni memang sesuai bawa kawan atau geng kerja. Sambil berpeluh, sambil tengok alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah.
Nak cabaran betul? Mari naik Paya Gunung. Baru tahu apa erti "ekstra"!
Satu ari tu, Nabi Ibrahim mari jenguk anak dia, Nabi Ismail. Tapi masa tu Ismail takdok kat rumah. Yang dok ada cuma bini dia je.
Bini dia tu pun bukannye tahu yang lelaki tu tu bapa mertua dia. Bila Nabi Ibrahim tanya pasal hidup depa, dia mula la mengadu — hidup susoh, serbo tak cukup, itu takdo, ini takdok.
Tapi Nabi Ibrahim ni tak maroh pun, takde la dia nak beletiaq panjang. Dia tinggal pesan sepatah je "tukar alang pintu"
Maksudnya? Suruh Nabi Ismail ceraikan bini dia. Sebab perempuan tu tak reti syukur, tak pandai jaga mulut depan orang tua.
Sekarang ni, ada bini bukan setakat mengadu kat mak mertua, tapi siap bukak aib laki kat media sosial. Ramai pulok ‘like’, ‘share’, siap kecam laki dia. Sedihnya, ada yang doakan laki tu susoh rezeki.
Padahal kalau laki tu kurang rezeki, siapa yang paling terasa? Dia jugak… dengan anak-anak.
Nak mengadu, bukan salah. Tapi kena tahu tempat. Kena cari tempat yang bawok kita dekat dengan jalan penyelesaian, bukan makin jauh.
Dan ingat la… rezki tu, jangan tengok banyak sikit je
Sikit tak semestinya sempit…
Banyak tak semestinya cukup…
Besar kerak, besarlah periuknye