Satu ari tu, Nabi Ibrahim mari jenguk anak dia, Nabi Ismail. Tapi masa tu Ismail takdok kat rumah. Yang dok ada cuma bini dia je.
Bini dia tu pun bukannye tahu yang lelaki tu tu bapa mertua dia. Bila Nabi Ibrahim tanya pasal hidup depa, dia mula la mengadu — hidup susoh, serbo tak cukup, itu takdo, ini takdok.
Tapi Nabi Ibrahim ni tak maroh pun, takde la dia nak beletiaq panjang. Dia tinggal pesan sepatah je "tukar alang pintu"
Maksudnya? Suruh Nabi Ismail ceraikan bini dia. Sebab perempuan tu tak reti syukur, tak pandai jaga mulut depan orang tua.
Sekarang ni, ada bini bukan setakat mengadu kat mak mertua, tapi siap bukak aib laki kat media sosial. Ramai pulok ‘like’, ‘share’, siap kecam laki dia. Sedihnya, ada yang doakan laki tu susoh rezeki.
Padahal kalau laki tu kurang rezeki, siapa yang paling terasa? Dia jugak… dengan anak-anak.
Nak mengadu, bukan salah. Tapi kena tahu tempat. Kena cari tempat yang bawok kita dekat dengan jalan penyelesaian, bukan makin jauh.
Dan ingat la… rezki tu, jangan tengok banyak sikit je
Sikit tak semestinya sempit…
Banyak tak semestinya cukup…
Besar kerak, besarlah periuknye
