Discover posts

Explore captivating content and diverse perspectives on our Discover page. Uncover fresh ideas and engage in meaningful conversations

Dua hari lepas, dok main-main ngan kucing dekat rumah. Bukan main manja lagi, tiba-tiba entah macam mana dia melenting terus sepak mata kita! Terkejut habis. Ingatkan main-main je, tapi bila rasa pedih semacam, tengok-tengok berdarah sikit.

Terus cuak. Tak berani nak tangguh, gi hospital jugak malam tu. Doktor pun cek-cek, nasib baik tak kena dalam sangat. Kalau tak, tak pasal-pasal boleh buta sebelah!

image
image
image
image

selamat pagi 😊

image

kecik sikit dari penampar 😁

image

Mari Rasa Sendiri Debornya! – Taman Ekstra Paya Gunung, Jerantut

Kalau hampa suka cabaran, ni la tempatnya – Via Ferrata di Kampung Paya Gunung! Lereng bukit ni dah dipasang trek panjat besi moden, ambik masa lebih kurang sejam setengah ja nak sampai ke puncak Menara Paya Gunung A. Letih memang letih, tapi berbaloi sebab pemandangan atas tu masyallah... nampak satu Jerantut – dari bandar, Felda, Gua Kota Gelanggi, sampai la Gunung Senyum sana tu!

Bukit ni bukan calang-calang. Monolit berdiri tegak, berjuta-juta tahun dah usianya. Dulu tempat ni kuari, tapi la ni dah jadi port panjat terbaik. Ada dua puncak – puncak utama panggil Menara A, yang satu lagi Menara B. Dua-dua boleh naik ikut laluan Via Ferrata, tapi ikut laluan berbeza lah.

Kalau nak cuba aktiviti lasak, main panjat-panjat, test adrenalin sikit – mai la ke Taman Ekstra Paya Gunung. Orang kampung pun mesra, tempat ni memang sesuai bawa kawan atau geng kerja. Sambil berpeluh, sambil tengok alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah.

Nak cabaran betul? Mari naik Paya Gunung. Baru tahu apa erti "ekstra"!

image
fadhlizulkefli is feeling Happy
6 d

image

Jom kopi2 sambil layan album Wings tahun 1988🥳🔥🔥🔥🔥🔥

image

Hari mood malas datang lagi ...huk huk

Satu ari tu, Nabi Ibrahim mari jenguk anak dia, Nabi Ismail. Tapi masa tu Ismail takdok kat rumah. Yang dok ada cuma bini dia je.

Bini dia tu pun bukannye tahu yang lelaki tu tu bapa mertua dia. Bila Nabi Ibrahim tanya pasal hidup depa, dia mula la mengadu — hidup susoh, serbo tak cukup, itu takdo, ini takdok.

Tapi Nabi Ibrahim ni tak maroh pun, takde la dia nak beletiaq panjang. Dia tinggal pesan sepatah je "tukar alang pintu"

Maksudnya? Suruh Nabi Ismail ceraikan bini dia. Sebab perempuan tu tak reti syukur, tak pandai jaga mulut depan orang tua.

Sekarang ni, ada bini bukan setakat mengadu kat mak mertua, tapi siap bukak aib laki kat media sosial. Ramai pulok ‘like’, ‘share’, siap kecam laki dia. Sedihnya, ada yang doakan laki tu susoh rezeki.

Padahal kalau laki tu kurang rezeki, siapa yang paling terasa? Dia jugak… dengan anak-anak.

Nak mengadu, bukan salah. Tapi kena tahu tempat. Kena cari tempat yang bawok kita dekat dengan jalan penyelesaian, bukan makin jauh.

Dan ingat la… rezki tu, jangan tengok banyak sikit je

Sikit tak semestinya sempit…
Banyak tak semestinya cukup…
Besar kerak, besarlah periuknye

image

Menu hari ni ..pulut kuning Dan daging dendeng

image

Mengemas, memasak ni keje sape sebenornye? Laki ke bini? Adoiii… isu ni kalau dibuek drama, 8 musim pun tak habeh, macam isu ayam dgn telo 🐓🥚😅

La ni, laki bini dua-dua cari pitih… haaa sape yang balik awal, sape yang lapang, kemah la rumah kome tu. Buek je gilir-gilir, tak payah tunggu sape patut, sape tak patut.

Kawe tak kisah langsung kalau dua-dua sepakat… tengok rumah sepah pun rasa macam interior designer level luar negara. Kadang tu sepah tu la penyebab idea mari bertimpa-timpa… tengok je kasut bersusun tepi dinding, terus bijak 10% 🤭

Tapi kawe jadi menyirap bila laki dok main fon, kaki terlipat atas tilam, rumah lintang pukang… pastu pandai-pandai kata bini pemalas. Aik, mu buat gapo masa tu? Bukannyo dok panjat kelapa pun!

Memasak pulok… bagi setengah orang, terapi jiwa. Lelaki pun ramai minat masak sekarang. Bila dio cerita pasal resipi dia, gaya macam kalau dio tak masak, takdo sape reti buat dah lauk tu… Haa, lantaklah. Jangan la kita paksa bini je masuk dapur sebab nak jaga tradisi nenek moyang.

Bagi kawe ha, sebagai ore perempuan kampung… laki yang reti tolong bini, masak, kemas rumah ni… macho giler doh! Takde pun nampak macam takut bini. Asalkan bini dio pun bukannyo dok goyang kaki layan drama siang malam, haa baru ngam.

Kalau bini tu dok jer perintah je, tangan langsung tak buat keje… hmmm… lemah betul mu bang… dok jadi pahlawan dapur sangat laa 🤣

Kita tengok dalam sirah Rasulullah SAW… ado je hadis yang bagitau Nabi tolong kerja rumah. Bahkan masa Fatimah mintak pembantu, Rasulullah bagi zikir, bukan bibik. Maksudnya kerja rumah ni, besar pahala dia. Takde pulok Nabi gi sound Sayyidina Ali, “Weh Ali, keje rumah ni keje jantan, ko tak reti buat ke?” Haa, takde, kan?

Maknanya keje rumah ni bukan soal jantina, tapi soal tolong-menolong, timbang rasa.

Kawe ni ha? Budak kampung tulen… dari mitat dah disuruh mak ngemas dapur, kupas bawang, tolong buat lauk. Bukan lah terer sangat, tapi benda tu kira basic. Alhamdulillah, makin tua, makin suka pulok buat. Rasa lapang jiwa!

image
Showing 1 out of 3